Followers

Friday, 6 January 2012

Bye2 2011 n Hello 2012

Dah seminggu kita kat tahun 2012, baru la aku nak update..Lately sangat2 banyak kerja sebab mengejar dateline yang semakin dekat..Semua orang pun banyak kerja kan..hari ni baru aku mengelat ambil masa untuk update blog..

macam2 berlaku masa 2011..alhamdulillah kebanyakannya manis2 saja..jumpa kawan2 baru dan bertemu kembali kawan2 yang dah lama x jumpa..sangat2 bersyukur juga dengan pelbagai achievements..penutup tahun 2011, aku pergi Baling, Kedah untuk menghadiri wedding kawan aku, Mas..masa dapat invitation, terkejut sangat2 dia ni nak kahwin..sebab x pernah dengar apa2 crita pun..Even best friend dia pun dapat tau masa trima invitation..terkejut sampai ingatkan dia ni saja nak prank orang..haha..Yang buat lagi terkejut pengantin lelaki tu orang german..apa2 pun aku sangat gembira dia dah jumpa dengan jodohnya..Congrats Mas!

ada gambar lagi elok..tapi sebab pengantin nampak sweet dlm gambar ni, upload lah yg ini :)
Time ni aku sedar, kita takleh nak agak siapa jodoh kita..can be anyone..Only Allah knows..kadang2 orang yang kita suka, even ada chemistry yg kuat pun, x semestinya dia jodoh kita..kadang2 orang yang baru kita jumpa beberapa hari, mungkin lah dia jodoh kita..Apa yang Allah dah aturkan tu, sangat unik dan terbaik..

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisa:1)
Hujung2 2011 tu jugak, aku dapat jumpa dgn kawan yang dah bertahun x jumpa..last time jumpa on Spring 2007 rasanya..sgt sronok dpt jumpa balik and macam2 cerita yang keluar..

Then, malam tu hang out ngan couple of girlfriends..dinner at mamaks, layan karaoke, and then welcoming 2012 dengan tengok fireworks kat bandar baru..Then bila balik aku berfikir2 panjang tentang  apa yang aku nak achieve in 2012..


  • Travel banyak2..Aku baru sedar tahun lepas aku x banyak travel..So, tahun ni seboleh2nya kalau ada rezeki nak travel banyak2 sikit..In my list: JB, Singapore, Vietnam, Langkawi, Pulau Perhentian, Bali, and finish up exploring Penang..kalau ada rezeki lebih, inshaAllah nak p umrah..
  • Tukar style berpakaian..Yang ini aku nak lebih bersopan dalam dressing aku..so, start with maxi skirts..less short t-shirt..
  • Exercise more..Stamina dah kurang..kena start execise nih..fuh2..kena rajinkan diri..
  • Read more books..last year dpt habiskan 6 books/novels..so wanna double up my reading for this year..
  • get my Masters degree..kena tambah kerajinan so that leh habis study by mid-year..
  • be more organized..aku ni sgt la x organize..journal papers bersepah sana sini..folder dalam computer n code programming aku pun sgt2 la x bersusun..so, this month need to start organizing everything..
dan banyak lagi..harap2 tercapai la semuanya..yang penting niat nak berubah ke arah kebaikan tu ada..jarang aku list kan azam baru..it's a good start here :)

1 comment:

Eisha said...

tang organize tu mmg ade probleum betul la! bersepah folder sana sini

also don't knwo which one the latest??

kan best kalau ada secretary *tiba-tiba*